Dah dilentur elok-lembut kau tak endah,
Elok diludah jadi berdarah..
Nanar, biar nanar,
Biar jadi sedar..
Dah ketuk olok-olok, tak mahu jadi elok..
Sesekali molek digolek sampai serik,
Calar biar calar,
Biar jadi sedar..
Dah diturut hingga semput masih lagi kau karut,
Elok dicarut larut-larut sampai parut..
Kasar biar kasar,
Biar jadi sedar..
Susah mengajar orang pandai,
Dituding-tuding kita bodoh tapi kita dulu sampai.
Payah menyayang orang kaya cinta sayang,
Dipeduli tidak kita ini lagi-lagi bila jatuh kita yang dicapai.
Malang si pengarang sumbang,
biar disusun huruf menjadi isi hati
dilaung-laung masih lagi sunyi sepi.
Biarlah, biar, biar..
Mana tahu nanti-nanti jadi sedar..
No comments:
Post a Comment