Dijerit-pekik takde yang dengar... Lalu kupetik huruf, kususun-susun jadi bahasa hati. Ini hati aku, ini jari aku... This is My Moonlight Sonata~

Monday, March 28, 2011

Aku mencintaimu keranaNya..

Subhanallah.. indahnya Islam.. semua perkara, hatta sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas, pakai baju, nak mandi, keluar masuk tandas, semua ada doanya sendiri..

Mungkin itu biasa-biasa aje. Pernah kita dengar (tp x amalkan.. saya pun sama), tapi ada antaranya yang tak pernah saya tahu dan akan saya kongsikan..

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab dalam leka membeli-belah dengan sangat sakan (sbb gaji baru masuk), kaki ni tak lupa melangkah masuk ke kedai buku dan tergerak hati nak membeli. Sedang membelek-belek, ternampak buku 'Himpunan Doa Seharian Dalam Al-Quran dan As-Sunnah' oleh said bin Ali bin Wahf Al-Qahthani (terjemahan Najib Kailani AN) dan terus beli. Bayangkan, sampai doa memakai pakaian yang baru dibeli pun ada.. Dahsyat tak dahsyat Islam ni.. sampai perkara-perkara yang tak kita terpikir pun ada doanya.

Tapi yang paling mengkagumkan, di dalam buku ini ada terselit doa yang patut kita ucapkan bila ada yg berkata pada kita, "Aku Mencintaimu Kerana Allah". Wow.. Kalau ada orang yang bercakap begitu pada saya (KALAU ADA la.. ada ke? ada x? adakah? ada? huhu), maka saya harus menjawabnya dengan :

"Ahabbukallazii Ahbabtaniillah"
- Semoga Allah mencintaimu, kerana engkau telah mencintaiku keranaNya-


Sungguh, baru hari ni aku tau (setelah umur masuk 26 tahun). Alhamdulillah, orang putih kata better late than never..  =)

However, ungkapan "Aku Mencintaimu Kerana Allah" bukanlah tiket untuk menghalalkan yang haram. Bercinta tetap tidak dianjurkan dalam Islam, jadi gunakanlah ungkapan ini sebagai 'drive' atau pendorong untuk kita 'lead' hubungan tu ke arah yang halal secepat mungkin (kerana kita juga manusia biasa yang mempunyai fitrah, ingin mencintai dan dicintai).. tapi, yang salah tetap salah. sendiri mau ingat laa..

p/s : Ahabbukallazii Ahbabtanillah..  =)

Sunday, March 27, 2011

~Bukankah Ku Kata Usah~

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu mengatur note-note taugeh,
menjadi lagu-lagu indah..

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu melakar huruf-huruf kaku,
menjadi bait-bait madah..

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu melukis warna dan rupa,
menjadi bentuk lukisan kehidupan..

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu bahasa teknologi,
untuk menghasilkan tema-tema rumit aplikasi..

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu di mana hatiku,
untuk aku serahkan ia padamu..

Aku mengutuk diri,
cuba berlari jauh darimu..
namun semakin jauh aku berlari,
semakin hampir kasih ini mendekati~!!

Friday, March 25, 2011

...P.E.N.A.T!

Ada otak, penat telan buku..
Ada tulang, penat jalan arah..
Ada bahu, penat usung amanah..
Ada keringat, melimpah di hujung baju..


Apa ditengking-jerkah kalau mahu diarah-arah,
Dari ikhlas jadi malas daya dicantas!
Apa diherdik-pekik kalau hendak tugas jadi cantik?
Dari molek pergi jelek tenaga kau tarik!


Lembu tertunduk dan berhidung besarkah ini?
Sewenang dicucuk dan diikat tali didorong menonong..
Panas sampai lemaskah itu dalam lekit peluh celah hawa dingin?
Sampai perlu tukang kipas mengibas-ngibas sampai pusing..


Tulang yang berkerat empat aku angkat,
Entang berkerat mahu dilipat-lipat sampai mampat?
Penat, aku penat bermuka banyak kerana mahu bagi makan anak,
Penat, aku penat berkulum lidah bagi yang indah-indah pada yang patut diludah!


Penat mahu bermandi mentari aku memilih bawah selimut,
Penat mahu berbasah hujan aku memilih kopi panas dan ubi kelapa parut,
Penat mahu apa-apa aku memilih tiada-tiada..


Tapi..
bagaimana kalau hujan penat dan berhenti mencurah?
bagaimana kalau mentari penat dan berhenti mencerah?
bagaimana kalau bulan penat dan berhenti menjengah?
bagaimana kalau Allah 'penat' melayan kita punya kerenah?

aku penat.. sungguh.. tapi aku tak boleh menyerah..










Monday, March 21, 2011

Monolog Tentang Rasa..

Oh no.. mengeluh sudah macam jadi darah daging.
haihhhhhh~
Kalau kena angkut guni beras 50kg boleh tahan la mengeluh gitu.
Ini dengar lagu pun mengeluh?
Reen, Reen..


Lagu sedap sangat pun mengeluh,
Tak sedap pun mengeluh. 
Derr.. What's with u?
*i'm sick, that's why!!*

"Dapatkah selamanya kita bersama?
Menyatukan perasaan kau dan aku..?
Semoga cinta kita kekal abadi,
Sesampainya akhir nanti.. selamanya.."

Yes, it's a question for YOU.. saya nyanyikan dalam lagu Astrid.
*sebab saya goyah*


What a wonderful song..
Lagu ni pernah buat air mata ini menitis pada 16 mac 2011..
Saat perasaan terbiar,
Saat diri terabai,
Saat cinta tak diperlukan..


Jangan terlalu ikutkan hati 
*yg sakit hati ni, kenapa yg lain pulak peduli?*


Pepatah kata 'ikut hati mati'
*org yg buat pepatah tu mgkn x ikut hati tp dia mati jugak finally*


Menjawab, menjawab!!
*huh.. tlg bleh? Tlg diam la OtakReen*


**hati menyanyi**

Aku tersesat menuju hatimu.. (saya tersesat dlm hati awk)
Beri aku jalan yang indah, (kalau x suka tlg tunjuk jln pulang)
izinkanku lepas penatku, (saya cuma menumpang je)
Tuk sejenak lelah di bahumu.. (kalau x suka bagitahu)


Dapatkah selamanya kita bersama..? (Dapat ke awak?)
Menyatukan perasaan kau dan aku? (Again i ask u.. dapat ke?)
Semoga cinta kita kekal abadi, (Ini doa saya.. doa awak?)
Sesampainya akhir nanti, selamanya... (Saya terasa 'selamanya' itu terlalu jauh sekarang)


Tentang cinta yg datang perlahan.. (It's not easy for me to love somebody)
Membuatku takut kehilangan, (Ini yg saya rasa hari-hari)
Ku titipkan cahaya terang, (moga terang jalan awak..)
Tak padam didera goda dan masa.. (I'm hoping)..


OtakReen : Ok, this is weird.. apsal suara kau macam Astrid, ha?
HatiReen : Yg kau percaya aku menyanyi kenapa? yg kau dengar tu mmg Astrid la.. haishhh..(aku   miming jek kot?)
OtakReen : Cehhh.. Beb, daripada kau pikirkan orang yg x pikirkan kau, baik la kau ingat yg memikirkan kau selalu, yg x pernah lupakan kau.. 
HatiReen : Sape?
OtakReen : U know better.
HatiReen : Mi air?
OtakReen : bongok
HatiReen : Am Chatt Spaces tu ke? tetibe je dia tu..
OtakReen : Kau layan kenapa? bukan dia la. Allah kan ada..
HatiReen : Ok Ow.. heeeeeee~ *grin*


*Hati nyanyi lagi*



Aku tersesat menuju hatiMu.. (Allah, sukar untuk aku mencapaiMu..)
Beri aku jalan yang indah, (tunjukkan aku jalan yg benar, kerana jalanMu yg terindah dari segala jalan yg ada)
izinkanku lepas penatku, (aku cuma hambaMu yg kerdil Allah, adakala aku lelah bila diduga terusan..)
Tuk sejenak lelah di bahumu.. (maka pinjamkan aku tempat mengadu..)

OtakReen : There u go.. better camtu..
HatiReen : Thanx, friend..
OtakReen : What friends are for, kan?
HatiReen : Bisik-bisik

OtakReen & HatiReen - *jelir lidah pada KAMU*




Saturday, March 19, 2011

Biar Sedar..

Dah dilentur elok-lembut kau tak endah,
Elok diludah jadi berdarah..
Nanar, biar nanar,
Biar jadi sedar..

Dah ketuk olok-olok, tak mahu jadi elok..
Sesekali molek digolek sampai serik,
Calar biar calar,
Biar jadi sedar..

Dah diturut hingga semput masih lagi kau karut,
Elok dicarut larut-larut sampai parut..
Kasar biar kasar,
Biar jadi sedar..

Susah mengajar orang pandai,
Dituding-tuding kita bodoh tapi kita dulu sampai.
Payah menyayang orang kaya cinta sayang,
Dipeduli tidak kita ini lagi-lagi bila jatuh kita yang dicapai.
Malang si pengarang sumbang,
biar disusun huruf menjadi isi hati
dilaung-laung masih lagi sunyi sepi.
Biarlah, biar, biar..
Mana tahu nanti-nanti jadi sedar..

Ini Bukan Kisahku..

Tapi harus kukatakan, kini aku mula memasang impian yg serupa itu..

Bila-bila pun aku masuk ke 'unofficial office' tu, aku diperdengarkan bacaan-bacaan dr mujahid yg sama..
Lelaki itu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan sangat baik.
Tidak ada yg membetulkan bacaan. Lama-lama aku terbiasa. Tapi..

suatu hari saat sedang mengetik, tiba-tiba bacaan yg ku maksudkan tadi bergema dlm esak tangis.
di bahagian hujung-hujung surah, hafiz itu tersedu-sedan.. terkadang bacaannya tersekat, terkadang bacaannya melambat. bersungguh tangisnya, sehingga kerongkong aku yg serasa terlekat.
mataku berair.. sayu.. betapa indahnya, menikmati esak tangis seorang hafiz, yang begitu menghayati kalimah-kalimah Allah. Dia mungkin memahami dengan mendalam, sehingga terkesan rasa, terkeluar dr dalam.

And here's the best part..

x pasal-pasal aku menangis sama. terasa kerdil diri. 
ada rasa sakit terbit dr dlm jiwa -
terasa tersindir sendiri walhal x ada yg kata apa-apa..
ada beza besar, bila kita membaca Quran silap2 dengan tajwid pun x betul,
sedang para hafiz di luar sana mampu menghafaz senaskhah Al-Quran.
tengah layan perasaan, supervisor masuk, tutup pintu.
Dalam kalut aku mengesat mata, bimbang disergah (itu minat supervisor aku.. menyergah dan melihat kekalutanku. dia seriously rasa aku suffer from nervous disorder =P ).
Tapi aku masih kalut, buat kerja serba x kena, buku jatuh, kertas berselerak.
 Serius, esak tangis sang hafiz membuatkan tanganku menggeletar, sama seperti hatiku yg bergetar.

"Laa.. Hang ni pasai pa plak dah, buat kalut sungguh." -Dr. Jat
"Sory Dr. Jat.. saya dengaq dia menangis saya jadi ketaq."
Dr. Jat terdiam sekejap. "Awat hang ketaq?"
"Tak tau Dr. Jat, saya rasa sayu kt dalam."
"Tu dia macam-macam rasa la tu. Bukan senang oo nak hapai Quran. Bukan baca tau, hapai.. Depa paham pulak tu apa yg depa baca.."
"Tulah Dr. Jat.. Betui2.."

Dialog ni berlangsung lebih kurg 2-3 minggu lepas. Dan hari ni, aku mendengar lagi hafazan-hafazan itu - seperti biasa.

"Saya suka dengaq part ni. Masa ni adik ckp kt saya - ibu, masa angah baca surah ni, angah teringatkan ibu, terus angah tukaq lagu (taranum) angah."
Saya terpinga-pinga. X paham. Apa kaitan? Ya, saya memang lampi kadang-kadang.
"Oh.. ni, hafazan-hafazan yang selama ni Dr. Jat pasang ni anak Dr. Jat?"
"Ya, anak saya. Hat ni adik. Anak saya yg no 2. Hari tu, yg U kata ketaq dengar dia nangis tu. Yg tu abang, anak sulung saya."
"Allah Huakbar.." Ya, itu je yg keluar dr mulut saya. Speechless.. 
Dan selepas itu terkeluar cerita-cerita tentang mereka sekeluarga. Semua yg indah-indah. Aku ternampak kepuasan yg tak terhingga di wajah Dr. Jat. Kepuasan kerana memilih jalan itu utk anak-anaknya, kerana memilih jalan yang bukan biasa-biasa utk masa depan mereka sekeluarga, dan utk saham akhirat mereka..

Anak-anaknya menempa sejarah cemerlang. Bukan sebarang-sebarang.
 Ada yg mewakili Pulau Pinang dlm futsal. Ada yg mewakili sekolah dalam salah satu pertandingan dalam rancangan pendidikan tajaan Astro. Tapi mereka mengorbankan kecemerlangan masing-masing utk mengejar kegemilangan akhirat. Aku kagum.

"Adik yg paling bongsu dah separuh jalan."
Aku betul bendul ingat dia bercerita tentang anak keciknya yang baru mula boleh berjalan.
"Lelaki ke prempuan Dr.?"
"Perempuan. Yg tu pun, masa ada test dulu, dia sorang dpt 5A. Tapi dia pun saya decide yg sama maca abang-abang dia."
"Haa? Tahfiz jugak, Dr.?
"Ya, Insya Allah. On the way. baru setengah jalan."
"Subhanallah.. seronoknya Dr Jat."
"Insya Allah, Insya Allah. Doakan yg baik-baik sentiasa." -tersenyum lagi.
Aku terdiam. Ya Allah.. punya tiga anak, dan kesemuanya hafiz dan hafizah. aku bayangkan bagaimana corak kehidupan mereka. pasti besar rahmat yg dilimpahkan buat sang ibu dan bapa, kerana pandai mencorak amanah mereka. 

Sungguh, sepanjang bekerja selepas itu aku lebih banyak mendiam.
Otakku berjalan laju 'rewind' semula perbualan tadi, sama laju dengan jari yg sedang menaip.

Untung tak untung, bila anak-anak lelaki kita menjadi imam di masjid kawasan perumahan kita sendiri?
Untung tak untung, bila tarawikh, anak kita yang dijemput mengimami solatnya di masjid-masjid sekitar?
Untung tak untung, bila kita mati, kita punya 3 anak yg insya Allah akan sentiasa berdoa pd Allah agar dikurangkan seksaan dan dipohon agar kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman?

Aku mendapat pelajaran baru hari ini.
Dan pelajaran itu aku terapkan dalam kepala otak, dan dijadikan impian.
Aku mahu sekurang-kurangnya seorang anak bergelar hafiz, atau hafizah.
Allah, tolonglah perkenankan.. *hope*

Oh ya.. aku lupa mention, anak-anak Dr Jat hanya berusia 15, 14 dan 10 tahun ketika entri ini ditulis.. :)

nota hati : Alhamdulillah.. kalau semuanya ok, tahun ni aku akan mendapat anak.. hehehe.. anak buah. Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy~ Wani dah disahkan mengandung 7 minggu.. Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Aku org yg plg gembira hari ni.. Dear sister, congratulations..




Tuesday, March 15, 2011

Kirimkan aku seberkas kesabaran..

If you don't call me all day I understand, when you don't text me all day I understand, when I stop loving you I hope you understand. -Freddy Amazin


LOL!


Sigh..


Dear God.. little help, please..
Please tell 'em that i'm just an ordinary human being here, and don't treat me like a heartless-piece-of-barbie..  



Friday, March 11, 2011

Pinjamkan Aku..

pinjamkan aku pemadam, ingin kuhilangkan dosa2ku yg lalu!
pinjamkan aku helaian kertas, utk kucatat ilmu2Mu jd pedoman hidupku!
pinjamkan aku pensel, biar aku lukiskan sempadan lidah, tingkah & lakuku!
pinjamkan aku pembaris, agar dpt kupastikan jalanku sntiasa lurus!
pinjamkan aku cahayaMu, moga dpt menerangi lorong malapku!

Perjalanan Mencari Cinta..

Cinta adalah perosak terbesar jiwa...
Tak percaya?
Nak gaduh, atau berdebat?
Silakan..


Terkadang saya jelak membaca tentang manusia yang tega mengambil nyawa sendiri.
Mengunyah ubat nyamuk kerana cinta tak diterima - 
Membuat terjun tiruk dari bangunan tinggi kerana cinta tidak direstui - 
Melompat di depan ktm@LRT kerana ditinggalkan sang jantan durjana -
(lalu menyusahkan pegawai bertugas utk mengutip sisa2 daging yang melekat di celahan rel).
Kerana apa? Cinta.........
Agar kamu tahu, ya.. Nyawa kamu bukan hak milik kamu, jadi tolonglah ada rasa malu!!


Imagine ini :


Selama lebih dua puluh tahun, kamu berjalan di tanah padang pasir yang kontang, yang panas dibakar terik mentari. Kamu berjalan mencari dan mencari tapi tak sampai ke destinasi. Kamu kehausan, itu pasti. Kamu merangkak mencari air, tapi yang ada cuma segeluk lopak air yang keruh dan kotor. Kerana terlalu haus kamu minum juga. Tetapi tak cukup. Dalam pencarian kamu, kamu harus terus berjalan, dan kamu haus lagi. Lopak air senantiasa ada di kiri kanan jalan, cuma kamu tidak puas meminumnya. Kamu inginkan yang lebih baik. Kalau tidak dapat air tebu, sekurang-kurangnya kamu mengharapkan air putih. 


Di sepanjang jalan, kamu merintih, kamu mengharapkan bantuan Tuhan. Di pertengahan jalan kamu berjumpa dengan seseorang yang membawa bekas-bekas berisi air. Kamu meminta ihsannya, dia mahu perkenan, tapi dengan bersyarat. Syaratnya pula bukan sebarangan. Dengan menerima ihsannya, secara tak langsung kamu menjauhi rahmat Tuhan. Kamu tahu itu. Tapi kamu terlalu haus dan terlalu amat dambakan air buat membasahi tekakmu saat ini. Kamu terlalu bimbang jika kamu melepaskan peluang ini, kamu akan mati kehausan di jalanan nanti. Jadi kamu terima.


Dahagamu hilang, saat itu kamu sudah tidak meminta-minta daripada Tuhan malah langsung tidak mengingati-Nya. Tapi bukan selalu dia akan mahukan kamu. Bila kamu sudah tidak diperlukan, kamu dicampakkan di tengah jalan. Kembali, tanpa sepatu, tanpa apa-apa kecuali air mata, kamu berjalan mencari tujuan. Bertahun-tahun lagi kamu berjalan, dan kehausan. Dan berkali-kali itulah kamu akan berjumpa dengan insan-insan yang akan sudi memberikan kamu air dengan syarat kamu punya sesuatu untuk dijadikan bahan tukaran dan tuntutan mereka pula merupakan perkara-perkara yang salah serta cuma menjauhkan kamu daripada redha Tuhan.


Saat kamu dibuang-buang dan di saat kamu perih di bawah mentari kembali kamu menyebut-nyebut permohonan pada Tuhan. Nun di depan sana, tiba-tiba ada seseorang yang datang menghampiri saat kamu sudah putus harapan, dan menghulurkan air sebanyak-banyaknya tanpa mengharap balasan kerana dia membantumu, dan memberikan apa yg kamu perlukan kerana cinta-Nya pada Tuhan.. Tidak cukup dengan itu, dia mengambil kamu, dan menunjukkan kamu jalan kebenaran dan mengakhiri pencarian kamu selama ini..


Moral of the story :


Kita manusia, kita ada keperluan dan cinta itu salah satu keperluan kita sebagai manusia..
Itulah yang dinamakan fitrah.. dan cinta adalah anugerah..


Berdasarkan cerita di atas, pencarian yang dimaksudkan adalah pencarian 'insan itu' terhadap cinta. Perjalanan yang dilaluinya itu adalah kehidupan ini, dan dia berjalan di sepanjang hidupnya mencari cinta. Dan di dalam pencarian, dia pasti akan kehausan kasih-sayang dan lopak-lopak di sepanjang jalan iaitu kasih-sayang saudara-mara, ahli keluarga dan rakan-rakan hanya terlihat sebagai satu sisi yang kecil, tidak lagi sedap dan tidak terlalu penting. cukup setakat ada, tetapi masih belum dapat memuaskan naluri yang inginkan cinta. Jadi, bila bertemu dengan orang yang salah, ataupun orang yang menawarkan cinta dengan cara yang salah, biarpun dia tahu itu berdosa, tapi dia tetap menerimanya utk menghilangkan dahaga. 


Saya juga manusia itu.. Saya tidak sabar, saya tidak tahan diduga dan tidak tahan bila berdepan dengan ujian. Yang lebih jahil, saya tahu kalau perbuatan itu berdosa tapi kerana kehendak hati, saya menerimanya.. KALAULAH, kalaulah saya cuba bersabar sedikit sahaja lagi, mungkin saja Allah sudah menghantar seseorang untuk menghilangkan kedahagaan saya tanpa mengharapkan balasan. Tapi kita manusia, kita sentiasa takut kalau-kalau kita melepaskan yang ini, di hadapan nanti kita tidak akan ketemu lagi dengan apa yang kita perlukan jadi kita terima sahaja tawaran yang mendatang biarpun ianya salah dan melanggar batas-batas kesusilaan. Kita lupa, yang mendatang dengan tawaran menarik itu ujian. Sebahagiannya terang-terangan tawaran daripada Iblis dan syaitan tapi kita tetap terjebak dalam permainan, kan? Tanpa kita sedar, KALAULAH kita menolak tawaran tersebut dan kita akan mati kehausan di tengah jalan, sekurang-kurangnya mati kita dengan terpelihara iman..


Permulaan yang salah membawa pengakhiran yang juga menyakitkan. Saya percaya cinta-cinta yang menuntut pengorbanan jiwa seperti yang disebutkan di permulaan entri ini merupakan cinta yang dimulakan dengan cara yang salah, juga disusuli dengan tindakan-tindakan yang salah. Kerana itu pengakhirannya tidak mungkin menjadi benar.. 


Saya bersyukur saya masih mahu meneruskan perjalanan itu, dan tidak bertindak mengambil nyawa sendiri. Dalam perjalanan kita, kita akan sentiasa dipertemukan dengan orang yang salah, sebelum menemui insan yang benar-benar diciptakan untuk kita. Sentiasa pahatkan dalam-dalam sudut minda dan hati tentang itu. Allah sentiasa ada untuk kita, cuma kita kena selalu cari Dia, dan mengadu pada-Nya. 


Teringat 1 kata-kata yang pernah membuatkan saya melotot mencari-Nya suatu ketika dulu. 'Allah sengaja menguji kita dengan dugaan-dugaan dan kesusahan kerana Allah rindu nak dengar tangisan kita, dan rintihan-rintihan kita merayu-rayu memohon padaNya..' Cuba bayangkan, kalau Allah x bagi kita kesusahan, Allah sentiasa bagi kita kesenangan, pasti jarang-jarang kita mengingati Dia kerana kita berasa sudah cukup dengan apa yang kita ada..  =)


Ada sahabat pernah berkata, kita jangan bimbang kalau Allah tak tunaikan permintaan kita, atau memberi ujian yang berat-berat pada kita. itu tandanya Allah peduli, dan Allah sertakan pahala bersama setiap satu bebanannya. Tapi bimbanglah kalau Allah berikan terlalu banyak kesenangan, kerana setiap satu daripadanya disertai tanggungjawab dan akan dipersoalkan, dan kita patut bimbang juga bila hidup kita begitu sahaja. Tidak susah, tidak senang, tidak ada ujian dan tidak ada apa-apa.. kerana mungkin Allah sudah mula tidak mempedulikan kita, maka kitalah yang sepatutnya berasa bimbang dan mencari-Nya agar Dia tidak melupakan Kita..


Begitu pula halnya dengan cinta.. 
Cintailah mereka yang mencintai Allah,
kerana orang yang mencintai Allah,
akan belajar untuk mencintai amanahnya dengan penuh rasa tanggungjawab dan ihsan..
=) Wallahua'lam..


Psssttt : Saya masih berjalan, dan kini saya telah menemui seorang tuan yang sudi menuangkan minuman.. saya berharap dia akan sudi membantu saya menunjukkan jalan menuju kebenaran.. amin..

Thursday, March 10, 2011

Dear U...


Dear U,
i'm singin' this sad song,
i'm writin' this sad story of mine,
and i'm whistlin' this sad melody,
so that u can hear, read & feel my emptiness..

Dear U,
sing to me,
so i can forget his voice
that used to sing before i sleep..

Dear U,
whisper to my ears,
the words of wisdom and love,
so i can forget his poems,
that used to be my strength,
to live this cruel life..

Dear U,
write me some love notes,
with all your heart & blood,
so i can tell myself,
i don't need him no more,
as i have u, who love me more than he do~ 

Dear U,
please.. ease my pain,
wipe away my tears,
as i'm tired of listening to my own sorrows...


Dear U, Dear U.. 


May 8, 2009 at 5:24am

Tuesday, March 8, 2011

Itu.. Kamu!

Saya lemas. Kamu pergi tanpa salam.
Kamu tidur tanpa mencari seperti selalu..
Sungguh, saya tidak tenang..

Saya jelak. Saya x mahu berkata panjang-panjang.
Ini yg paling ringkas, tapi saya harap kamu mengerti..

Kamu,
Yang dulu-dulu telah saya selit di celah buku..
Yang ada kini cuma kamu..

Dalam kata terpaling mudah:

Saya punya 10 jari : satu daripadanya - kamu..
Dunia punya berjuta bintang : dan bulan yg menerangi saya itu - kamu
A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, V, W, X, Y, Z : Dan U adalah - kamu
Saya tidak sempurna, dan yg sempurnakan saya adalah kerana kehadiran - kamu..
Kesimpulannya..


This is the best to describe.. U..

Kerana saya hatiluka..
jadi saya perlukan kamu untuk melengkapkan hatikita

kamu juga begitu, kan..?

Hujan.. dalam Hati

Kalau saya buat ini  ^ mama saya akan jerit mcm ni >> "MASUKKKKKKK!! kang boleh la demam, lepas tu nak kena bawak g klinik la, saket la. kalau x ngabehkan duit xleh.." (huhu, ai misyu mom)

Tengok kt luar tingkap, termenung.. senyum sorang-sorang pastu pikir - nak keluar ke tidak? Untuk pengetahuan, saya sgt adore pada 10 perkara ciptaan Illahi ini - 1) Ibu 2) Bayi 3) Kucing 4) Bulan 5) Laut 6) Hujan 7) Air mata 8) Ilham 9) Cinta 10) Pelangi.. Saat ni, rintik hujan yg berderai benar-benar memanggil. Sikit lagi kaki nak terangkat, telefon berdering dan minta diangkat. ...dan sekelip mata (sila kelip mata), ya, begitulah.. sekelip mata hasrat dipunahkan.. (Kamu, such a joy-killer!!)

Kita boleh beri 10 alasan utk lakukan apa yg kita mahu, tp saya punya 1 sebab utk tidak lakukan apa yg saya mahu - kerana salah 1 jalan utk bahagia adalah dgn mendengar kata org yg sayangkan kita  =)

Akhirnya saya kembali duduk di kerusi itu - melihat hujan menggila hanya dari jauh.. x dpt disentuh, x dpt dihitung, tapi cukup.. cukup dengan adanya mata kurniaan Illahi ini saya menikmati apa yg saya ingini.. Saya masih bersyukur  =)

Oh ya, Hujan.. ini cerita kamu..

Hujan Dalam Hati..

Panas dan pijar meruntun dalam dada,
Ya.. di situ ada hati yg lara..
Dibakar dengan api dendam,
dan dibunuh dengan maha kejam..


Hati meronta mahu pergi,
Hati meronta menjerit-jerit dalam perit,
Tapi yg mendengar menutup telinga,
Yang melihat tak mahu berkata apa..


Tuhan bagi mata bukan hanya utk memerhati,
Tuhan bagi telinga bukan hanya utk mendengar,
Tapi sungguh, Tuhan turunkan hujan dengan rahmat..
Dan dengan hujan juga, aku mencuci luka,
...dan menghidupkan kembali hati yang tenat..










*pix2 comel ini adalah dr google images..

Monday, March 7, 2011

Dulu.. Ya, Dulu...

by Cry Reen on Wednesday, September 1, 2010 at 4:47am


Blackjack : Mintak sini~
Blackjane : Apa?
Blackjack : Tu.. yg ada dalam hatimu

Aku membelek yang dipintanya itu~ Ia berada dalam keadaan yang sangat tidak sempurna!
Blackjane : Hanya tinggal suku, itupun tercarik sana sini.. Mahu diapakan kau dgn cintaku?
Blackjack : Pulihkan.. aku ada magic~
Aku menggeleng dan kembali menyimpan cintaku. Dia mengeluh tetapi senyum.

Blackjack : Hanya untuk merawat, itu pun kau tak sudi..
Blackjane : Kalau kau mahu mengambilnya sekadar untuk memulangkannya kembali, itupun di dalam kdaan yg lebih parah, baik tak usah..
Blackjack : Kau terlalu bias menilai lelaki.. tanya tuhan, sudah tentu diberitahunya aku bukan seperti itu~
Blackjane : Kau serius?
Blackjack : Ini Serius.. Wonderpet, wonderpet, kami datang.. kami tak kuat dan kami tak hebat~ apa yg penting, kerjasama~~
Aku ketawa, dia turut sama..
Blackjack : Beri aku peluang untuk memilikimu.. aku mahu kau jadi permaisuri hidupku..

Mataku berkaca.. Aku pandang dia, dalam sekali.. sesungguhnya aku cuba melihat hatinya
Blackjack : Izinkan aku mengimamkan solatmu dan anak-anak kelak, temani aku di dunia dan jadilah pari-pariku di syurga kelak.. please..? Kalau kau mau tahu, aku kehilangan rusuk kiriku, dan aku harapkan engkaulah yang Dia jadikan daripada rusukku itu~
Demi Tuhan.. Aku tak rasa di hadapanku ini seorang manusia.. Allah, mungkinkah dia para-para syurga yang kau turunkan utk aku yang lara? (aku tau aku tak layak).
Blackjane : Kau terlalu banyak bercakap. Kau hembuskan nyawa buatku dalam setiap patah katamu.
Tahukah engkau, kalau kau pergi aku mati?
Blackjack : Kalau aku pergi meninggalkanmu, itu bermakna aku mati dahulu sebelummu~ Jadi, apa salahnya kalau kau mati selepas itu..?

Aku kembali menyeluk hati, mengambil cinta yang telah mati. Aku terpana, cinta yang tadinya penuh luka dan cacat cela kembali bernyawa. Aku memandang dia, aneh~
Blackjack : Sudah kukatakan, aku punya magic untuk menyembuhkan (tersenyum)
Tanpa sepatah kata, aku hulurkan padanya, kesemuanya~!
Blackjack : Alhamdulillah.. percayalah, aku xkan mensia-siakannya..

Kini, cerita ini cerita aku saja.. Ya, cerita aku yang terluka..~

Aku hanya menunduk.. cuba memujuk hati yang merana.
Blackjack : Demi kebahagiaanmu, kau kulepaskan..
Blackjane : Sudah kukatakan, jangan hadir dalam hidupku kalau sekadar untuk melukakan
Blackjack : Maafkan aku.. Tapi aku bukan lelaki yang sempurna~
Blackjane : Kalau aku perlukan lelaki sempurna, aku cari malaikat untuk bercinta!!
Blackjack : Ampunkan aku, tapi u deserves better..~
Kita berjalan beriringan tapi aku melangkah tanpa perasaan.. Tiba masa, tanganmu ku salam dan kulepaskan - sempat sebuah kucupan kau hadiahkan tanda perpisahan.
Aku melangkah dengan air mata yang x jemu-jemu menitis, tiba-tiba aku rasakan saket yang amat sangat dalam dada ~
Kembali aku menjenguk hati dan aku dapati -
Cinta yang dulu pernah ku beri dia pulangkan dalam keadaan yang paling ngeri -----

-Reen Azmi-
3.47 am
1st Sept 2010

catatan 7 Mac 2011 : Taqiu Hakim Alias.. Kamu mengajar saya sesuatu dan hari ini baru saya menyedarinya.. Terima kasih untuk segala luka, terima kasih utk air mata yg x pernah terkira & tertumpah utk penipuan2 kamu.. Hati saya masih sakit, tapi saya teringat pesan seseorang.. kalau kita nak hidup tenang, sebelum tidur, belajarlah utk memaafkan.. percayalah, i may forgive, but i will never forget..

Hati Luka jadi Hati Kita...

Assalammualaikum w.b.t..

=)
Dalam adab memberi salam aje sudah terbina kenangan antara kita..
Kamu ingt? Saya x pernah lupa! Kamu x mengaku kalah, x apa.. sebab akhirnya saya yg menang juga..  =)

It has been 3 years, since the last time saya membina angan utk berblog.. and finally saya di sini. Merealisasikan angan. Semuanya hanya kerana 1 sebab.. ya, kerana kamu..

Ini post pertama! Pada mata-mata yang entah bagaimana tercampak ke dada hatilukajadipuisi, ini sepatutnya menjadi tempat peribadi.. menulis kerana ingin meluahkan, kerana saya menulis dari hati.. Kalau tersinggung, maka maaf.. kalau terusik, mungkin saya khilaf.. tegurlah, sapalah saya jika sudi.. tapi harus diingat, kalau bunyi kata saya mengada-ngada, kalau nada tulis saya syok sendiri, itu kerana saya menulis dgn ingatan hanya saya sendiri saja ke sini, dan tidak ada mata lain yang memerhati. kerana saya seorang Ezureen Azmi, saya seorang yg tiada indah dan tidak ada sebab untuk diperhati.. :)

Selamat bercinta - jika cinta anda subur selepas keluar dari sini.
Selamat patah hati - jika cinta anda terkubur selepas melangkah pergi dari sini.
Selamat mencari diri - jika ada antara kata saya memberi ingatan untuk kita sama-sama memperbetulkan diri..