Dijerit-pekik takde yang dengar... Lalu kupetik huruf, kususun-susun jadi bahasa hati. Ini hati aku, ini jari aku... This is My Moonlight Sonata~

Monday, June 20, 2011

Yang penuh kebaikan dan keberkatanNya..

I'm dying for almost a month..
And suddenly, Allah sent me an angel called Khaira Akalili..  =)

3 days old Khaira Akalili

Little angel, thanks for bringing back my smile. =)

Lili, few days back Si Pelindung mama Yen pergi. Tak honey, Si Pelindung mama Yen masih hidup, tp he dumped me for a better person.. He took away my smile, he brought so much tears in my eyes.

Lili nak tau x? 16 June date special mama Yen ngan dia, tapi he's not there anymore. But i thank Allah. My 16th June was filled with your existence. Mama Yen ingat mama Yen akan nanges on the date mengenangkan yg dia dah xde, tp mama Yen nanges sbb happy Lili keluar safe n sound.. U mean so much to me, baby.. 

Lili, mama Yen sempat jenguk dia dari jauh.. and mama Yen nampak dia happy dgn life dia, dgn that lady, and he asked me to face the fact yg he doesn't love me anymore. Mama Yen wonder, mcm mana cinta yg dikatanya infiniti utk mama Yen, boleh jadi empty.. =)  Only Allah knows kan? Tapi its ok, now that i have you, mama Yen promise yg mama Yen akan sayangkan Lili as my own child. Whatever happens, Lili patut tau Lili ada mama Yen dlm hidup Lili. 

Lili, mama Yen ada byk love inside me. Now, i don't care bila org lain sia-siakan mama Yen, sbb mama Yen tau mama Yen boleh turn to u, and love u, and anak auntie Wani (yg akan kuar end of this year) as much as i can. Cinta yg tak bersyarat..  =)  

Last but not least, 
Please take note yg mama Yen dah kenal ibu Lili since we were 10. now that we are already 26, dan kehadiran Lili akan menguatkan lg hubungan kami. Just promise me u will be a good daughter, Khaira Akalili. Gadis yang penuh kebaikan dan keberkatan.. jadi wanita yang baik-baik, supaya hidup Lili, ibu n ayah selalu dlm keberkatan, mcm nama Lili.. she's a good friend of mine, a good sister to me, and i love you as much as i love your mummy.. Always remember that.. Oh ya, This world is not a perfect world for us, but i know my life will be better dengan adanya kamu.. Of all the blessings God sends from above, the one most precious is a new baby to love.   




Saturday, May 7, 2011

I'm Talking To U, Babah..

Babah,
I turned 26 this year, which means it has been 6 years since you left me here. 11 Mei 2005 dulu babah pergi, dalam keadaan belum sempat kita jernihkan kekeruhan antara kita, kan..? Yen x pernah sangka babah nak tinggalkan yen secepat tu.. Bah, I always wondering, whether babah pergi dlm keadaan babah sayangkan yen atau benci? Lebih dari tu, babah pergi dlm keadaan babah maafkan yen ke x, bah..?

Babah,
it's already 7th May 2011.. lg 4 hari, 11 Mei.. Yen resah, bah.. i have no one to talk to.. therefore, i'm writing this.. i wish i can talk to u.. i do hope u can read this, bah.. Tapi bah, this is not a love msg for you. this letter is full of pain. my pain, and it may hurt u jugak if u read this. 

Babah,
Sometimes i thank God u're no more here, bah.. coz knowing you, bila anak babah ni in pain, babah x belai yen mcm mama buat. malah u'll scold me, or add salt into my pain with ur cynical words.. it won't help, bah.. but still, skrg babah xde, so no more cynical words, no more ayat-ayat yang sarcastic, tapi bah.. i'm still hurting..

I always imagine;

Masa adik bertunang 3 tahun lepas, kalau babah ada, mesti babah kata;
"Kamu tengok la Yen, adik kamu dah ada org mintak. Kamu bila lagi, Yen?"
dan masa tu jugak Yen mesti akan jawab,
"Ala, dah dia x sabar2 biar la dia lepas dulu. Kitorang muda lagi la bah.."

Masa adik menikah bulan 6 tahun lepas, kalau babah ada, mesti babah kata;
"Dah dua tahun wani bertunang, tunggu kot2 kamu kawin dulu, tapi smpai sekarang bf pun xde. Babah cakap kamu taknak percaya. Lelaki bukan nak perempuan gemuk. Babah lelaki, babah tau la.."
Masa tu, dengan hati yang pedih tapi masih ego mesti yen akan jawab;
"Ala bah, bukan semua lelaki nak perempuan kurus. Yen blaja lagi, rileks la.."

Masa adik bersanding bulan 11 ritu, kalau babah ada, mesti babah kata;
"Kamu tak teringin ke nak naik pelamin, pakai baju cantik-cantik macam wani, Yen? Esok kalau kamu kawin mesti kamu payah nak cari baju. itupun kalau ada orang nak kawin ngan kamu. Kalau babah, babah tengok kamu pun babah lari.. Esok xde sapa nak kawen ngan kamu."
Masa ni Yen dah dewasa sikit. Yen rasa sakit, Yen akan senyap-senyap menjauhi babah dan menangis sorok-sorok kt dlm toilet.. coz even u're not around pun, itu yg Yen dok buat masa adik kawen, bah.. i'm happy for her but deep inside me, i'm hurting..

Sekarang bah, adik ngah kendong cucu babah dlm tummy dia  =) .. doktor cakap baby dia aktif sangat.. maybe in few weeks time it will start kicking. I'm super duper happy, bah.. coz i love babies, i can't hv mine so tumpang main-main ngan anak buah pun will make me happy. but sometimes i imagine, if u're around, mesti babah akan kata;
"Kamu tak teringin ke yen, nak kawin, nak ada anak macam adik kamu?"
Sampai detik semalam, bah.. Yen dengan yakin akan jawab;
"Soon, bah.. Soon.. Anak babah yg gemuk lagi hodoh ni dah jumpa imamnya dan x lama lagi Yen akan kecapi kebahagiaan yg babah ingat Yen xkan capai tu.. See, babah? Cinta dan jodoh terletak di tangan Allah. bukan pada kecantikkan dan tubuh badan yg menawan.."

Tapi itu semalam, bah.. sampai semalam.. Unfortunately, hari ni jawapan yen dah lain..
Hari ni, Yen akui babah betul..
Hari ni, Yen akui babah benar..
Hari ni, Yen ngaku kalah, bah..
Hari ni, Yen ditampar dengan kenyataan yg cinta tidak ditakdirkan utk Yen..
Orang gemuk cam Yen, x layak utk dicintai, bah..

Babah, I'm damaged.. Yen sakit, bah.. Yen terus-terusan disakiti. Babah x kesiankan Yen ke bah? Babah dah kat sana, babah boleh tengok yen kat sini, kan? Babah nampak kan bila Yen doakan babah kat sana? Allah hantar x malaikat utk bgtau babah, yang Yen rindukan babah? Yen rindu, bah..

Babah, anak babah ngah nangeh.. air mata dia x reti nak berenti.. 
Anak babah ni sedang berterabur, bah.. Lelaki yg disangkanya Imam dan yang selama ini menjadi tongkatnya rupanya mempunyai ramai makmum. Dia juga bertuankan ramai gadis buta yg menunggu utk dipimpin!!
I wonder.. if u are watching me rite now, adakah babah ketawakan yen, berbisik "kan babah dah cakap.." or babah doa kat Allah supaya diberikan ketabahan utk anak babah ni? Sesungguhnya anak babah ni sedang ranap, bah.. 

Babah, Yen x peduli apa babah nak kata..
I need you, bah.. I need you, really..
Babah, kalau babah dpt baca ni, i wish u come in my dream and hug me.. peluk yen, x yah cakap pape pun xpe bah,, Yen mintak tu je.. Yen rindu, bah.. I miss you..
 :'(




Wednesday, April 13, 2011

1/11/11, 9/10/11, 11/11/11 or 20/11/2011?

Ini kisahku..

10/10/10..
Inilah tarikh yang pernah dipilih untuk aku akhiri zaman hidup bersendirian..
Inilah tarikh yang aku impikan di mana sorang prince charming menaiki kuda lalu menyelamatkan aku dari bahaya, musuh atau naga dan dia mengucup dahiku lalu we live happily ever after..
Dah tu kata Puteri-Salju, mahunya mestilah prince charming aje.. =)
Inilah tarikh keramatnya.. sedari aku kecil2 anak, aku sukakan tarikh itu..
Inilah tarikh yg kuconteng dlm diari hidup aku dulu-dulu,
malah lebih dr sepuluh tahun lalu dah aku semak tarikh itu jatuh pd hari Ahad.. dahsyatkan?
Bukan sekadar tarikhnya yg cantik aje, tapi jugak sbb 2010 ini umur aku dah masuk suku abad..
Sedang elok untuk hidup berdua, tak terlalu muda, tak jugak terlalu tua..

Tapi tarikh tu berlalu gitu aje dari aku..
Aku saksikan pemergian 10/10/10 dgn hujan tangis dlm hati..
maklumlah, angan dan impian lebih sepuluh tahun aku semaikan dalam-dalam sudut hati,
aku tanamkan dengan penuh harapan throughout those days.
Akhirnya 10/10/10 berlalu dgn terlalu cpt, tanpa apa-apa pengisian bermakna.
Impianku tak terlaksana kerana ada prince charming yang selamatkan aku dari mulut naga, tapi he himself a 'naga' as well dan aku, Puteri-Salju yg konon2 sejuk ni pun hangus terbakar dek apinya.
Impianku hancus begitu saja kerana ada prince charming muncul dlm hidup aku, tapi malangnya dia juga prince charming untuk semua wanita.. ya, prince charming aku terbahagi hatinya utk gadis ke 2, 3, 4 dan 5..

10/10/10 aku lambai dengan hati yg hancur. Untuk memasang cuma angan yang baru untuk 11/11/11 mahupun 12/12/12 pun aku tak mampu. bukan takat tak mampu, tapi terlalu takut.. rasa sakit yang aku lalui masa aku ditinggalkan 10/10/10 membuatkan aku hanya berani berangan yg aku akan end up dengan rambut putih beruban, dan sakit terlantar lalu mati sebagai andartu, keseorangan..

Dan tadi, baru sebentar tadi, aku disogok idea baru.. Dia tak janjikan apa-apa, itu aku pasti.. tapi hati aku dengan berani-beraninya memasang impian baru sekali lagi. 1/11/11 tarikh wani dijangka 'meletup' dan hidup kami diserikan org baru.. 9/10/11, 11/11/11, atau 20/11/2011 utk kami saling mengikat dan terikat? Aku tak pasti.. semuanya di tangan DIA, dia dan org tua.. aku, hanya mengikut dgn sejuta doa dan rasa..

Bercerita tentang impian, aku ini bukanlah wanita yg terlalu tinggi angannya.. semenjak kecil aku hidup dalam rencana yg biasa-biasa. jadi aku membesar juga dengan keadaan yg biasa-biasa. Aku tak pernah memasang impi untuk bergelar jutawan. aku tak pernah memasang angan untuk jadi gadis paling rupawan. Tak pernah, tak pernah.. sebab aku ini hanya insan biasa.. seorang gadis yang tiada indah..

Tapi ada 5 perkara yang jika dapat aku capai, aku akan jadi manusia yang paling beruntung dalam dunia.. Dan jika aku punya kesemua impian ini dlm tangan, maka aku akan mati dlm senyum yg paling selesa..
1) Mendapat seorang suami yg boleh mengimamkan solat aku dan anak-anak
2) Diberi kesempatan utk menjadi seorang ibu
3) Memberi mama kebahagiaan yg she deserves to get.. to be specific, berikan dia apa yg dia x pernah rasa slama ni dan bantu mama cukupkan akaun tabung haji dia since abah tak dpt lakukan itu utknya
4) publish at least a novel seumur hidup ni
5) punya seorang anak sekurang2nya yg boleh jd hafiz/hafizah..  =)

Ini semua mmg impian yg aku taburkan dlm diri dr dulu (kecuali no 5), tapi satu pun tak pernah menampakkan hala utk menjadi.. tapi semenjak adanya dia, impian aku yg no 1 tu seolah-olah mcm ada betul2 dpan mata.. Aku bersyukur utk itu, tapi hati aku semakin goyang.. makin dekat dia dgn hati aku, makin aku cuba menjauh dari dibayangi impian yg cuba ditaburinya.. aku gembira, Demi Allah.. tapi yg lebih banyak dr itu ialah perasaan takut. setiap hari, aku buka mata dengan rasa gembira kerana ada dia, tapi sepanjang hari selepas mandi aku dikepung rasa takut kalau hari itu, ada sesuatu yg berlaku, yg mungkin mengubah setiap perasaan yg dia ada utk aku.. If only Allah bagi aku lihat apa yg ada dlm hati dia terhadap aku.. kan lebih mudah.. kan?

notahati : Awak, di mata awak saya mgkn seorang penulis, tapi sesungguhnya setelah mengenali awak, saya seumpama pengarang yang kehilangan kata. Maaf kalau tiada yg indah dapat saya lahirkan untuk awak, tapi dari dalam sudut hati, u're the best thing that ever happened to me..

Sunday, April 10, 2011

Kisah 2 Sahabat

These past few days merupakan hari yg bukan utk aku..
Seminggu demam, batuk2 dan sakit tekak.
Belum pun sehat, tugasan perlu dilangsaikan. Beban tugasan tidak apa-apa dibandingkan dengan bebanan perasaan.. hmm.. ataupun, aku yg terlalu tamak?

Btw, bila ada perasaan yg tidak2 selalu aku buat blogwalking dan cari penawar hati..
Tiba-tiba terbaca kisah dua sahabat ni, rasa nak menangis pulak.. Manusia x lain daripada sebatang tubuh yg mementingkan diri sendiri.. we have to admit this, sbb kita pun belum tntu x tergolong selfish..

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat.Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.

Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untukmembahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. 

Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu.

Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?" 

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan,"jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa." " Kau salah ! " suara itu membentak tinggi" Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa.

Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "" Katakan padaku " tanya lelaki A itu." Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?"" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan ! " 

Note: Renungan:

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain ? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan dan kebahagian kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu Hanya dari "yang terlihat" saja.

Sumber : halaqah.net





Monday, March 28, 2011

Aku mencintaimu keranaNya..

Subhanallah.. indahnya Islam.. semua perkara, hatta sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas, pakai baju, nak mandi, keluar masuk tandas, semua ada doanya sendiri..

Mungkin itu biasa-biasa aje. Pernah kita dengar (tp x amalkan.. saya pun sama), tapi ada antaranya yang tak pernah saya tahu dan akan saya kongsikan..

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab dalam leka membeli-belah dengan sangat sakan (sbb gaji baru masuk), kaki ni tak lupa melangkah masuk ke kedai buku dan tergerak hati nak membeli. Sedang membelek-belek, ternampak buku 'Himpunan Doa Seharian Dalam Al-Quran dan As-Sunnah' oleh said bin Ali bin Wahf Al-Qahthani (terjemahan Najib Kailani AN) dan terus beli. Bayangkan, sampai doa memakai pakaian yang baru dibeli pun ada.. Dahsyat tak dahsyat Islam ni.. sampai perkara-perkara yang tak kita terpikir pun ada doanya.

Tapi yang paling mengkagumkan, di dalam buku ini ada terselit doa yang patut kita ucapkan bila ada yg berkata pada kita, "Aku Mencintaimu Kerana Allah". Wow.. Kalau ada orang yang bercakap begitu pada saya (KALAU ADA la.. ada ke? ada x? adakah? ada? huhu), maka saya harus menjawabnya dengan :

"Ahabbukallazii Ahbabtaniillah"
- Semoga Allah mencintaimu, kerana engkau telah mencintaiku keranaNya-


Sungguh, baru hari ni aku tau (setelah umur masuk 26 tahun). Alhamdulillah, orang putih kata better late than never..  =)

However, ungkapan "Aku Mencintaimu Kerana Allah" bukanlah tiket untuk menghalalkan yang haram. Bercinta tetap tidak dianjurkan dalam Islam, jadi gunakanlah ungkapan ini sebagai 'drive' atau pendorong untuk kita 'lead' hubungan tu ke arah yang halal secepat mungkin (kerana kita juga manusia biasa yang mempunyai fitrah, ingin mencintai dan dicintai).. tapi, yang salah tetap salah. sendiri mau ingat laa..

p/s : Ahabbukallazii Ahbabtanillah..  =)

Sunday, March 27, 2011

~Bukankah Ku Kata Usah~

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu mengatur note-note taugeh,
menjadi lagu-lagu indah..

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu melakar huruf-huruf kaku,
menjadi bait-bait madah..

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu melukis warna dan rupa,
menjadi bentuk lukisan kehidupan..

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu bahasa teknologi,
untuk menghasilkan tema-tema rumit aplikasi..

Usah terlalu mengharap,
aku tidak tahu di mana hatiku,
untuk aku serahkan ia padamu..

Aku mengutuk diri,
cuba berlari jauh darimu..
namun semakin jauh aku berlari,
semakin hampir kasih ini mendekati~!!

Friday, March 25, 2011

...P.E.N.A.T!

Ada otak, penat telan buku..
Ada tulang, penat jalan arah..
Ada bahu, penat usung amanah..
Ada keringat, melimpah di hujung baju..


Apa ditengking-jerkah kalau mahu diarah-arah,
Dari ikhlas jadi malas daya dicantas!
Apa diherdik-pekik kalau hendak tugas jadi cantik?
Dari molek pergi jelek tenaga kau tarik!


Lembu tertunduk dan berhidung besarkah ini?
Sewenang dicucuk dan diikat tali didorong menonong..
Panas sampai lemaskah itu dalam lekit peluh celah hawa dingin?
Sampai perlu tukang kipas mengibas-ngibas sampai pusing..


Tulang yang berkerat empat aku angkat,
Entang berkerat mahu dilipat-lipat sampai mampat?
Penat, aku penat bermuka banyak kerana mahu bagi makan anak,
Penat, aku penat berkulum lidah bagi yang indah-indah pada yang patut diludah!


Penat mahu bermandi mentari aku memilih bawah selimut,
Penat mahu berbasah hujan aku memilih kopi panas dan ubi kelapa parut,
Penat mahu apa-apa aku memilih tiada-tiada..


Tapi..
bagaimana kalau hujan penat dan berhenti mencurah?
bagaimana kalau mentari penat dan berhenti mencerah?
bagaimana kalau bulan penat dan berhenti menjengah?
bagaimana kalau Allah 'penat' melayan kita punya kerenah?

aku penat.. sungguh.. tapi aku tak boleh menyerah..