Ini kisahku..
10/10/10..
Inilah tarikh yang pernah dipilih untuk aku akhiri zaman hidup bersendirian..
Inilah tarikh yang aku impikan di mana sorang prince charming menaiki kuda lalu menyelamatkan aku dari bahaya, musuh atau naga dan dia mengucup dahiku lalu we live happily ever after..
Dah tu kata Puteri-Salju, mahunya mestilah prince charming aje.. =)
Inilah tarikh keramatnya.. sedari aku kecil2 anak, aku sukakan tarikh itu..
Inilah tarikh yg kuconteng dlm diari hidup aku dulu-dulu,
malah lebih dr sepuluh tahun lalu dah aku semak tarikh itu jatuh pd hari Ahad.. dahsyatkan?
Bukan sekadar tarikhnya yg cantik aje, tapi jugak sbb 2010 ini umur aku dah masuk suku abad..
Sedang elok untuk hidup berdua, tak terlalu muda, tak jugak terlalu tua..
Tapi tarikh tu berlalu gitu aje dari aku..
Aku saksikan pemergian 10/10/10 dgn hujan tangis dlm hati..
maklumlah, angan dan impian lebih sepuluh tahun aku semaikan dalam-dalam sudut hati,
aku tanamkan dengan penuh harapan throughout those days.
Akhirnya 10/10/10 berlalu dgn terlalu cpt, tanpa apa-apa pengisian bermakna.
Impianku tak terlaksana kerana ada prince charming yang selamatkan aku dari mulut naga, tapi he himself a 'naga' as well dan aku, Puteri-Salju yg konon2 sejuk ni pun hangus terbakar dek apinya.
Impianku hancus begitu saja kerana ada prince charming muncul dlm hidup aku, tapi malangnya dia juga prince charming untuk semua wanita.. ya, prince charming aku terbahagi hatinya utk gadis ke 2, 3, 4 dan 5..
10/10/10 aku lambai dengan hati yg hancur. Untuk memasang cuma angan yang baru untuk 11/11/11 mahupun 12/12/12 pun aku tak mampu. bukan takat tak mampu, tapi terlalu takut.. rasa sakit yang aku lalui masa aku ditinggalkan 10/10/10 membuatkan aku hanya berani berangan yg aku akan end up dengan rambut putih beruban, dan sakit terlantar lalu mati sebagai andartu, keseorangan..
Dan tadi, baru sebentar tadi, aku disogok idea baru.. Dia tak janjikan apa-apa, itu aku pasti.. tapi hati aku dengan berani-beraninya memasang impian baru sekali lagi. 1/11/11 tarikh wani dijangka 'meletup' dan hidup kami diserikan org baru.. 9/10/11, 11/11/11, atau 20/11/2011 utk kami saling mengikat dan terikat? Aku tak pasti.. semuanya di tangan DIA, dia dan org tua.. aku, hanya mengikut dgn sejuta doa dan rasa..
Bercerita tentang impian, aku ini bukanlah wanita yg terlalu tinggi angannya.. semenjak kecil aku hidup dalam rencana yg biasa-biasa. jadi aku membesar juga dengan keadaan yg biasa-biasa. Aku tak pernah memasang impi untuk bergelar jutawan. aku tak pernah memasang angan untuk jadi gadis paling rupawan. Tak pernah, tak pernah.. sebab aku ini hanya insan biasa.. seorang gadis yang tiada indah..
Tapi ada 5 perkara yang jika dapat aku capai, aku akan jadi manusia yang paling beruntung dalam dunia.. Dan jika aku punya kesemua impian ini dlm tangan, maka aku akan mati dlm senyum yg paling selesa..
1) Mendapat seorang suami yg boleh mengimamkan solat aku dan anak-anak
2) Diberi kesempatan utk menjadi seorang ibu
3) Memberi mama kebahagiaan yg she deserves to get.. to be specific, berikan dia apa yg dia x pernah rasa slama ni dan bantu mama cukupkan akaun tabung haji dia since abah tak dpt lakukan itu utknya
4) publish at least a novel seumur hidup ni
5) punya seorang anak sekurang2nya yg boleh jd hafiz/hafizah.. =)
Ini semua mmg impian yg aku taburkan dlm diri dr dulu (kecuali no 5), tapi satu pun tak pernah menampakkan hala utk menjadi.. tapi semenjak adanya dia, impian aku yg no 1 tu seolah-olah mcm ada betul2 dpan mata.. Aku bersyukur utk itu, tapi hati aku semakin goyang.. makin dekat dia dgn hati aku, makin aku cuba menjauh dari dibayangi impian yg cuba ditaburinya.. aku gembira, Demi Allah.. tapi yg lebih banyak dr itu ialah perasaan takut. setiap hari, aku buka mata dengan rasa gembira kerana ada dia, tapi sepanjang hari selepas mandi aku dikepung rasa takut kalau hari itu, ada sesuatu yg berlaku, yg mungkin mengubah setiap perasaan yg dia ada utk aku.. If only Allah bagi aku lihat apa yg ada dlm hati dia terhadap aku.. kan lebih mudah.. kan?
notahati : Awak, di mata awak saya mgkn seorang penulis, tapi sesungguhnya setelah mengenali awak, saya seumpama pengarang yang kehilangan kata. Maaf kalau tiada yg indah dapat saya lahirkan untuk awak, tapi dari dalam sudut hati, u're the best thing that ever happened to me..
No comments:
Post a Comment