Dijerit-pekik takde yang dengar... Lalu kupetik huruf, kususun-susun jadi bahasa hati. Ini hati aku, ini jari aku... This is My Moonlight Sonata~

Sunday, May 13, 2012

Alangkah Ringannya Penderitaan Ini!

Permata Yang Hilang (kini dijumpai)! Woha*~

Sebut je Permata Yang Hilang (karya Ibnu Yusof), i bet lelaki-lelaki yang tengah cuci kereta, tengah layan game Man U vs Man City, pakcik-pakcik yang dok bergebang sambil kenyit-kenyit mata kat Leha Janda sekalipun gerenti berenti dr aktiviti dorang, dan akan toleh. Dulu-dulu aku tak tahu pun buku Permata Yang Hilang tu buku apa. Dari 10 kawan lelaki yang aku kenal, 7 daripadanya mesti ada sebut tentang buku ni tapi aku blur-blur. Tak ada idea langsung apa isinya.

1 hari tu aku jalan-jalan kat Puduraya (sblm renovate). Tiba-tiba ternampak la buku ni kat 1 kedai jual bahan-bahan keagamaan. Tak sempat belek, sebab waktu ketibaan bas aku dah dekat sangat. Jadi, aku grab dan bayar je. Rupa buku tu macam ni;


Sementara menanti bas bergerak, aku ringankan tangan menyelak buku. Melopong aku yang muda remaja ni bila tengok ilustrasi bergambarnya. Cepat-cepat belek balik kulit buku, sah-sah tulis situ - Siri Nafkah Batin. Aku rasa nak nangis.

1) Sebab mungkin pakcik kedai tu pelik tengok anak dara macam aku beli buku seni nafkah batin!
2) Aku sadin kepit buku tu celah ketiak bawa ke hulu ke hilir sebab tangan penuh jinjit beg nak turun platform.
3) Kalau ada adik-beradik aku terjah bilik, jumpa buku ni dalam bilik aku, mati la.. mesti ingat aku dah gatai sangat nak belajar jurus kebatinan padahal masa tu baru 19 tahun!

Uhuk- Uhuk- Uhuk-

Panjangnya mukadimah aku. Kalau korang ingat aku nak bercerita pasal seni batin, maaflah sebab kecewakan korang. Entri ni sebenarnya rakaman bahagia aku je, sebab bulan ni 2 'wish list' aku diperkenankan.

1) Selain air tangan mama, aku membesar dengan hasil tulisan Ahadiat Akashah & Zuraidah Othman. Minat aku pada air tangan dorang ni bukanlah biasa-biasa je. Tapi aku percaya, sebahagian corak hidup aku sekarang dipengaruhi karya-karya mereka dan of course, Allah pun adun perjalanan hidup aku seiring dengan minat dan usaha aku. Ahadiat Akashah dah berjaya aku jumpa, dah pernah dapat bercakap face to face dengan beliau di rumahnya sendiri. Tinggal kak Zuraidah je belum jumpa, tapi aku dah dapat follow dia di fb.

                                              Antara koleksi novel Zuraidah Othman yang aku ada

Alhamdulillah, masa kat bookfair pwtc April lepas, hajat aku tercapai. Dapat juga aku peluk laga pipi dengan kak Zuraidah Othman, cuma terkilan sebab lupa nak bergambar, kalau tak boleh aku abadikan kat sini. Apapun, terima kasih kak Zu. Aku dapat kenangan ini di halaman novel terbaru kak ZO, Keindahan Cinta Iman;

                                                                     
Keindahan Cinta Iman macam novel-novel nukilan kak ZO yang lain. Bahasanya ringkas, selesa dibaca dalam posisi dan situasi apapun, sebab kandungannya ringan lagi menghiburkan. Kak ZO mampu buat kita sama-sama tersenyum dengan watak-watak ciptaannya tapi not recommended untuk mereka yang sukakan cerita larat dan sarat. Cuma antara Keindahan Cinta Iman dengan Suci Wajah Rindu (novel kak ZO sebelum Keindahan Cinta Iman), aku appreciate Suci Wajah Rindu lagi sebab SWR berjaya cengkam perasaan aku sampai terkeluar jugalah air mata dalam beberapa insiden.

2. Korang peminat Ustaz Azhar Idrus, atau Ustaz Kazim Elias? Dua-dua nama ustaz ni sedang meningkat naik tak lain dan tak bukan, sebab mereka berjaya selitkan unsur-unsur humor dalam dakwah. Mereka ini contoh-contoh pendidik yang berusaha mendidik ummah dengan cara yang menyeronokkan. Dalam arena penulisan, aku gemar dakwah-dakwah HAMKA. Beliau adalah contoh manusia yang ada ilmu, tapi diselarikan dengan aqal (common sense) lalu apa yang disampaikannya sangat hikmah menurut hemat aku. Beliau juga tak bias dalam menilai sesuatu isu. Itu yang penting. Sekurang-kurangnya penting buat aku, sebab aku tak sukakan penulisan yang bias dan bersentimen apalagi kalau sentimen itu melibatkan politik Malaysia yang huru-hara.

(Kembali pada mukadimah entri ini) Sejak beberapa hari lepas aku gelak keras perut bila baca buku PERMATA YANG HILANG (Kini Dijumpai) karya Hamka ini. Aku cerita sikit isinya;

"Huh, Ustaz Rock, takkan kau tidak tahu cara sunnah Nabi jika tercekik tulang? Jangan pandai cakap sahaja," kata abangku.

Aku berkata, "Senang saja. Emak angkat kedua-dua tangan ke atas."

Emak aku pun buat. Tetapi masih tidak jadi. Aku kata lagi, "Lurus... tangan emak kedua-duanya kena lurus!"

(Bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi. Manakala di lengan dan tengkuk dipenuhi dengan rantai emas).

Aku kata, "Sekarang sebut, Superman Returns!"

Semua orang ketawa. Nasi berhamburan di sana sini. Emak aku juga ketawa, sehingga tulang terkeluar Semuanya daripada Allah!


Kalau korang tak gelak, aku nasihatkan korang pergi check urat ketawa korang sekarang. Confirm ada yang tak kena. Huhu~


Buku ni aku order online di blog driver kereta mayat. Aku ada buat sikit remark dan tak sangka, HAMKA sudi meninggalkan pesanan hikmahnya berserta autograf seperti di bawah;


"Sekiranya beginilah caranya Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkah ringannya penderitaan ini."
"Noted : Reen, kerisauan bukan untuk dunia... tapi untuk akhirat... Special Request - rujuk ms 163". :)

Demi Allah, baca saja pesanan yang dikarang Hamka untuk aku, mata terus berpasir. Tersedar aku akan khilaf diri, terlalu banyak bimbangkan urusan dunia sampai hilang fokus dan tak tenang melalui hari-hari, walhal urusan Akhirat pun aku tak terlalu berat nak khuatirkan seolah-olah dah tentu 'di sana' aku boleh lepas. =(



Notahati : Aku tau HAMKA x baca blog ni, tapi tetap, aku berterima kasih yg tak terperi.

Notahati 2 : Woha! tu trademark HAMKA yg aku curi-curi pinjam utk certain situasi penceritaan dalam blog ni.

Notahati 3 : Buku Permata Yang Hilang Kini Dijumpai by HAMKA ni tak sama macam buku Permata Yang Hilang Ibnu Yusuf tu, tapi kalau la boleh aku kata, buku Hamka ni seolah-olah macam prekuel buku tu pulak, sebab menceritakan babak-babak sebelum kawin, kenapa perlu kawin, semasa kawin dan selepas kawin. Bab batin dan nafsu ni memang ada saja, tapi in a very humorous way.. Hahaha~








Monday, January 30, 2012

Blind Date ke.. Aku yang Buta??

Aku tak tau temujanji tu ke yang buta.
Aku yang buta ke,
orang yang buat blind date dengan aku tu yang buta.

Blind date tu buta sbb baru kenal berapa minit dah boleh decide nak berjumpa.
Aku buta sebab tak serik-serik walaupun dah beberapa kali terkena.
'Date' aku tu pulak buta perut.. berjanji reti tapi tak tepati. Patut ke tak patut?

Topik hari ini anak-anak - "Blind date"!


Zaman-zaman siber ni, faham-faham sudah. Orang lagi banyak berinteraksi melalui laman sosial.
Aku pun sama. Tapi aku bukan sebab ikut trend. Dari azali dulu memang aku tak reti bercampur sangat dengan dunia luar. Kalau ada majalah, kat ruang Kembang Setaman tu lah aku cari kawan.
Surat nah! Paling panjang aku karang capai 12 halaman depan belakang kertas kajang, punya hebat tak hebat. Tapi sakit hati pulak lepas tu.. dapat balasan balik 1 helai je. Alaaaahai!

Pendek kata, aku hebat bermadah pujangga dalam penulisan je. Kalau berdepan dengan orang aku terkaku kayu.. Soalnya, aku ini manusia tiada indah. 'Inferiority complex' yang tinggi menyebabkan aku tak mampu nak bersua-muka dengan orang yang tidak atau baru aku kenali. Masalahnya, dari mana datangnya 'inferiority complex' tu dan apa mende alah yang aku sebut ni?

Kompleks Inferioriti - Rasa kerdil keterlaluan yang timbul dalam diri seseorang. Konflik diri ini memberi kesan negatif pada pembawaan diri. Hal ini berpunca daripada rasa kurang diri terhadap nilai-nilai positif yang dipunyai, mengakibatkan seseorang yang menderita inferioriti tidak mampu bergerak ke hadapan dan kelihatan lemah. (Sumber : School Of Life).

Kalau ikut kamus aku : orang yang rasa diri dia kecik walaupun dia besaq!

Kata Pak Wiki pulak, punca inferiority complex ni adalah kerana that particular person mengalami peristiwa berulang yang membuatkan individu itu berasa kekurangan berbanding orang lain.

Macam apa yang aku nak cerita ni. Korang pernah ada pengalaman blind date? Aku ada, banyak.. Macam-macam pesen dah aku jumpa. Tapi yang paling akal aku tak boleh digest, jenis manusia yang spt di bawah ni;

Kes 1 : Beberapa bulan lepas, aku berkenalan dengan sorang mamat ni di salah sebuah social network yang tak berapa terkemuka. He seems funny, kitorang bertukar cerita ada la dekat sebulan kot. Kebetulan, mamat Yontaro bukan nama sebenar ni memang selalu ke tempat aku. Nampak ada chemistry, dan everything went smoothly sampai la tiba hari kami berjanji untuk berjumpa. Ala, macam tak biasa pulak korang. Bila blind date, mesti korang tanya - pakai baju colour ape? tunggu kat mana? kan? Kitorang pun gunakan SOP blind date yang sama. 

Aku tunggu depan pagar dan dia kata dia akan tiba lagi seminit. Tapi seminit beranjak ke 15 minit. Aku sms, dia tak balas. Aku ingat ada masalah di jalan - jammed, accident, etc.. jadi aku tunggu lagi. Dah setengah jam, aku mula tak sedap hati. Call. Tak berangkat. Aku tunggu lagi. Masuk minit ke 45;

Just reply this msg, awak nak jumpa saya ke taknak? Kalau taknak, boleh saya naik bilik, tak la mcm pelacur tunggu pelanggan dah kat tepi jalan ni. - aku

Seminit, dua, lima, 10, 15.. sunyi. Dan korang nak tau macam mana rupa Yontaro yang dumped aku tu? Agak-agak ada iras orang kat bawah ni la. Iras la, dekat-dekat sama dah muka. Kalau kata kembar pun aku percaya. -Tangan di dada, mata ke atas-



Ya, Yontaro ini gemuk orangnya. Macam aku juga.. =)

Kes 2 : Alkisah ini berlaku 2 hari lepas. Maka tersebutlah kisah seorang gadis yang buruk rupa ini;
Sedang dia melayari bahtera internet, maka bertemulah dia secara maya dengan seorang jejaka, Mie diberi nama (bukan nama sebenar kot). Dipendekkan cerita, Mie mengajak si gadis menemaninya bersantap kerana bosan katanya untuk menyantap seorang diri. Setelah jenuh menolak pelawaan, akhirnya si gadis bersetuju bertemu jika si jejaka ini tidak kisah akan rupanya yang hodoh segala. Berlagak gentleman, si jejaka bersetuju dan berkata bahawa dia tidak kisah apa adanya rupa. Maka si gadis pun bersiap-sedialah berwangi-wangian, ber'make-up make-up'an seadanya. 

Tiba waktu dijanjikan, si gadis ni menunggulah di tempat yang diarahkan. Ya, seperti kes pertama tadi juga, endingnya tetap sama. Sms dibiar sepi. Panggilan sengaja tak berjawab. Dan pada jam 10.30 malam itu, setelah hampir sejam berdiri seperti pak pacak di tepi jalan, si gadis berjalan perlahan-lahan masuk semula ke tempat penginapan. Nak tengok rupa Mie ni macam mana? Lebih-kurang nak samalah macam wajah lelaki di bawah ni. Tak la tepat sangat, cuma sejibik la jugak. Heh~



Korang mesti tertanya-tanya, apa tujuan aku letak foto-foto 'indah' di atas ni. Selain daripada nak memudahkan korang membayangkan macam mana berkerut dan jijiknya padangan dorang bila tengok aku yang gemuk-hodoh ni dari jauh, tujuan aku adalah untuk korang buat renungan.

Macam jantan pertama di atas, dia GEMUK! Muka boleh tahan laa, tapi dia GEMUK! Walaupun aku pun gemuk, tapi aku pun ada selera aku pada lelaki. Dan taste aku bukan lelaki GEMUK! Kalau ikut taste aku, macam ini tahu??? *melting*



lokasi foto ust don diculik

Kiranya, kalau ikut selera, aku tak hadap lelaki GEMUK! Dia GEMUK!! TAPI.. ya, ada tapinya.. Selain daripada kena belajar untuk sedar diri, aku yang tak sempurna ni kena belajar untuk terima kekurangan orang lain. Just imagine, dia yang menunggu di depan pagar hari tu dan aku yang akan jemput dia. Tengok dari jauh, gemuk, dan bukan taste aku untuk dijadikan teman istimewa. Tapi apa hak aku untuk aniaya dia dengan membiarkan dia menunggu aku di tepi jalan, dalam keadaan sedang berpuasa di tengah-tengah rembang maghrib itu? Dan siapa pulak yang kata pertemuan tu merupakan satu petanda bahawa antara kau dan aku ada hubungan istimewa? 

Dan Mie, jantan pengecut kes 2 tu.. Yap, dia tinggi, gelap, kurus.. Macam menepatilah ciri-ciri lelaki idaman aku. Tapi aku tak suka lelaki bibir tebal hitam tanda kuat merokok macam tu. Tak minat jugak lelaki yang pakai spek. Tak macho beb. Above all, perkenalan kita berlangsung kurang sejam sebelum kita decide nak berjumpa. Perjumpaan tu obviously perkenalan singkat antara 2 chatters. Jadi apa masalahnya kalau berjumpa cara beradab, bertegur-sapa, kemudian taknak berkawan pun itu hak masing-masing. Haihhh..

Ini bukan hal baru bagi aku.
Ini juga bukan kali pertama aku diperlakukan begitu.
Bukan juga kali kedua dan ketiga.. tapi dah berkali-kali. Dah banyak kali...  =)
Mula-mula dulu sakit la. Rasa terhina sangat. Rasa diperbodohkan. Sekarang pun masih ada rasa itu, cuma aku dah sedikit bijak untuk tak menangisi manusia-manusia bodoh ini. *peace*

Sekarang baru aku faham kenapa ramai wanita Melayu sanggup ikut lelaki Lombok walaupun tahu kehidupan di sana sangat susah dan miskin!



Sekarang aku sedar kenapa wanita Melayu lebih senang persembahkan cinta mereka untuk Awang-Awang Hitam yang hodoh rupa tapi kaya juga budi bahasa!


Sekarang aku mengerti kenapa wanita Melayu sangat alergik dengan lelaki Melayu.. Now only I know.. 


Saturday, January 28, 2012

My KuQon~

2012 dibuka dengan entri yang indah.
Saja nak abadikan momento ini di sini.
Halnya biasa-biasa aja bagi orang lain, tapi 1 bahagia baru bagi aku.

Pernah sekali aku ke rumah adik. Di pintu grill yang berkunci, anak lelakinya dalam usia setahun lebih sedang berdiri, isap jari. Bila nampak aku, dengan air liur yg meleleh dia terloncat-loncat - excited. Aku sengaja buat-buat tak nampak. Aku pegang grill, aku jenguk ke dalam rumah tercari-cari sambil mengusik - "Mana kuQon Ma Yen ni, tak nampak pun?" dan anak buah aku lagi galak meloncat sambil memanggil aku dalam bahasanya, memberitahu yang dia ada di situ. Dalam mimpi itu, ya.. dalam mimpi.. aku peluk kuQon dengan senyuman. Hari itu aku bangun pagi, dengan senyuman meleret sampai ke pipi. It really made my day. Dan sepanjang hari nama 'kuQon' melekat di bibir.

03 November 2011, bayi sempurna ini selamat dilahirkan. 














Sewaktu detik melahirkan, yang ada di sisi adik cuma Z (adik ipar) dan mama. Aku yang dr jauh cuma terima update dr Z. Dalam kekalutan dan rasa excited, aku sering menyebut nama 'kuQon'. Bagi aku itu biasa. Aku terbiasa sebut-sebut nama itu semenjak mimpi lalu.. Selama ini semua orang termasuk bapa kuQon ini terima sebutan aku dengan biasa-biasa saja walau ada masa mereka merungut - 'buruk bunyinya'.. Tapi pagi itu, aku tersentap bila terima mesej ini - Kalau lelaki Muhamad Ezed Furqan nama dia. Kuqon lari maksudnya. Surah ke 25 dlm Al-Quran ialah Al-Furqan. Moga anak saudara Kak Yen mendapat zat dari surah tu.

Aku akui mesej itu satu tamparan. Meleleh juga air mata ini setitis dua. Dalam mood excited dan x sabar-sabar hati menggeliat nak balik sambut kuQon, aku dibasuh adik iparku! Mood mati. Terus rasa nak buang tiket balik Ipoh. Biar lambat-lambat sikit baliknya pun takpe. Kurang-kurang sampai hati yang kecik ni besar semula.

Tapi siapa lagi yang adik aku ada? Mama, aku, Aman, abah.. dan saudara-mara-tak berapa jauh-tak berapa dekat yang lain. Adik aku bertarung nyawa di sana dan I should be there for her. Lagipun tu anak orang. Siapalah aku yang pandai-pandai nak ubah nama anak orang. Pffffttttt~

Anyways, hati yang kecut bagai dipam-pam bila lihat ini budak. Tak ada sakit hati yang tak boleh diubati saat pertama memegang anak ini. Jadinya Muhammad Ezed Furqan ibni Muhamad Zamani, keluarga Anna Rozana ini telah lama tidak berbayi. Rumah opah tu dah lama tak berseri dan kamulah penyeri. Jadi anak yang soleh, maka kebijaksanaan dan hikmah itu akan hadir berserta kesolehan kamu. Even if i am not here anymore nanti, always remember this ya? Kamu lahir bersambut tangan-tangan yg penuh rasa cinta dan kasih untuk kamu. Mama kamu bukan Ezwani aje, tapi ada lagi 2-3.. We'll do anything for u, baby.. Ma Yen loves u so much.. Heyy, nanak nakal-nakal ha? And u r my first baby, tahu?





notahati : kat bawah ni ada sikit doa ketika menanti masa untuk melahirkan, dan doa selepas melahirkan.. Ada banyak pilihan tapi yang dipilih adalah yang termudah dan teringkas.. Moga dapat dimanfaat~


*Tentu sajalah ihsan dari google image*