Dijerit-pekik takde yang dengar... Lalu kupetik huruf, kususun-susun jadi bahasa hati. Ini hati aku, ini jari aku... This is My Moonlight Sonata~

Wednesday, October 3, 2012

Yang satu-satunya?

Dalam cinta dan perhubungan, menjadi 'satu-satunya' adalah mandatori, dan bukan pilihan!

"Aku mahu menjadi satu-satunya yang dicintai kamu".

"Aku harap akulah satu-satunya di hati kamu".

"Kamulah satu-satunya yang aku rindu".

Maka jomlah kita menyanyi beramai-ramai.. Kauuuuu, bagi dirikuuuu.. satu-satunya~

Err.. seriously, is that really necessary? Bkn bab nyanyi tu, tapi bab menjadi hanya yang satu tu..?

Aku tanya sebab dulu aku pun begitu.
Aku tanya sebab dulu pun aku macam kamu.

Sehingga suatu masa, aku mengenali lelaki yang tidak pernah cukup dengan angka satu tapi masih aku rasa, tak perlu sebenarnya untuk aku menjadi yang satu itu..


Sekadar gambar hiasan kot?

Dia merindui ramai wanita dalam hidupnya,
Dia menyayangi ramai wanita dalam hatinya,
Dia memanggil sayang pada mereka semua,
Dia memanjakan mereka,
Dia memuja mereka sama rata..
Jadilah aku BUKAN yang satu-satunya!

Kalau kamu?

Meroyan?
Menangis?
Meratap?
Mengamuk?
Merajuk?

Aku memilih untuk menjadi yang lain;

Aku tidak ingin menjadi wanita yang dia rindu,
Aku tidak ingin berada dalam hatinya,
Aku tidak ingin dipanggil sayang,
Aku tidak mahu dimanjakan,
Aku tidak rela dipuja.

Biarlah dia bahagikan hatinya dan diberi pada wanita-wanita kelaparan itu.
Biarlah dia siram seberapa bekas sayang pada perempuan-perempuan kehausan itu.
Aku tidak mahu disamakan dengan mereka semua.
Aku tidak ingin duduk sama rendah dengan mereka dalam hidupnya.

Jika dia sedang sibuk memberi, aku mahu dia menerima.
Jika dia sedang sibuk menyayangi, aku mahu mengasihinya.
Jika dia sedang sibuk bimbangkan orang lain, aku ingin menjadi yang bisa menjaganya.

Ironi, kan?

Aku sibuk menidakkan daripada menjadi satu-satunya,
tetapi aku tetap menjadi satu-satunya dalam hidupnya..

Satu-satunya wanita bodoh yang mencintai orang yang tidak menghargai cintanya..


yang terbahagi cintanya..




No comments: