Dijerit-pekik takde yang dengar... Lalu kupetik huruf, kususun-susun jadi bahasa hati. Ini hati aku, ini jari aku... This is My Moonlight Sonata~

Sunday, May 13, 2012

Alangkah Ringannya Penderitaan Ini!

Permata Yang Hilang (kini dijumpai)! Woha*~

Sebut je Permata Yang Hilang (karya Ibnu Yusof), i bet lelaki-lelaki yang tengah cuci kereta, tengah layan game Man U vs Man City, pakcik-pakcik yang dok bergebang sambil kenyit-kenyit mata kat Leha Janda sekalipun gerenti berenti dr aktiviti dorang, dan akan toleh. Dulu-dulu aku tak tahu pun buku Permata Yang Hilang tu buku apa. Dari 10 kawan lelaki yang aku kenal, 7 daripadanya mesti ada sebut tentang buku ni tapi aku blur-blur. Tak ada idea langsung apa isinya.

1 hari tu aku jalan-jalan kat Puduraya (sblm renovate). Tiba-tiba ternampak la buku ni kat 1 kedai jual bahan-bahan keagamaan. Tak sempat belek, sebab waktu ketibaan bas aku dah dekat sangat. Jadi, aku grab dan bayar je. Rupa buku tu macam ni;


Sementara menanti bas bergerak, aku ringankan tangan menyelak buku. Melopong aku yang muda remaja ni bila tengok ilustrasi bergambarnya. Cepat-cepat belek balik kulit buku, sah-sah tulis situ - Siri Nafkah Batin. Aku rasa nak nangis.

1) Sebab mungkin pakcik kedai tu pelik tengok anak dara macam aku beli buku seni nafkah batin!
2) Aku sadin kepit buku tu celah ketiak bawa ke hulu ke hilir sebab tangan penuh jinjit beg nak turun platform.
3) Kalau ada adik-beradik aku terjah bilik, jumpa buku ni dalam bilik aku, mati la.. mesti ingat aku dah gatai sangat nak belajar jurus kebatinan padahal masa tu baru 19 tahun!

Uhuk- Uhuk- Uhuk-

Panjangnya mukadimah aku. Kalau korang ingat aku nak bercerita pasal seni batin, maaflah sebab kecewakan korang. Entri ni sebenarnya rakaman bahagia aku je, sebab bulan ni 2 'wish list' aku diperkenankan.

1) Selain air tangan mama, aku membesar dengan hasil tulisan Ahadiat Akashah & Zuraidah Othman. Minat aku pada air tangan dorang ni bukanlah biasa-biasa je. Tapi aku percaya, sebahagian corak hidup aku sekarang dipengaruhi karya-karya mereka dan of course, Allah pun adun perjalanan hidup aku seiring dengan minat dan usaha aku. Ahadiat Akashah dah berjaya aku jumpa, dah pernah dapat bercakap face to face dengan beliau di rumahnya sendiri. Tinggal kak Zuraidah je belum jumpa, tapi aku dah dapat follow dia di fb.

                                              Antara koleksi novel Zuraidah Othman yang aku ada

Alhamdulillah, masa kat bookfair pwtc April lepas, hajat aku tercapai. Dapat juga aku peluk laga pipi dengan kak Zuraidah Othman, cuma terkilan sebab lupa nak bergambar, kalau tak boleh aku abadikan kat sini. Apapun, terima kasih kak Zu. Aku dapat kenangan ini di halaman novel terbaru kak ZO, Keindahan Cinta Iman;

                                                                     
Keindahan Cinta Iman macam novel-novel nukilan kak ZO yang lain. Bahasanya ringkas, selesa dibaca dalam posisi dan situasi apapun, sebab kandungannya ringan lagi menghiburkan. Kak ZO mampu buat kita sama-sama tersenyum dengan watak-watak ciptaannya tapi not recommended untuk mereka yang sukakan cerita larat dan sarat. Cuma antara Keindahan Cinta Iman dengan Suci Wajah Rindu (novel kak ZO sebelum Keindahan Cinta Iman), aku appreciate Suci Wajah Rindu lagi sebab SWR berjaya cengkam perasaan aku sampai terkeluar jugalah air mata dalam beberapa insiden.

2. Korang peminat Ustaz Azhar Idrus, atau Ustaz Kazim Elias? Dua-dua nama ustaz ni sedang meningkat naik tak lain dan tak bukan, sebab mereka berjaya selitkan unsur-unsur humor dalam dakwah. Mereka ini contoh-contoh pendidik yang berusaha mendidik ummah dengan cara yang menyeronokkan. Dalam arena penulisan, aku gemar dakwah-dakwah HAMKA. Beliau adalah contoh manusia yang ada ilmu, tapi diselarikan dengan aqal (common sense) lalu apa yang disampaikannya sangat hikmah menurut hemat aku. Beliau juga tak bias dalam menilai sesuatu isu. Itu yang penting. Sekurang-kurangnya penting buat aku, sebab aku tak sukakan penulisan yang bias dan bersentimen apalagi kalau sentimen itu melibatkan politik Malaysia yang huru-hara.

(Kembali pada mukadimah entri ini) Sejak beberapa hari lepas aku gelak keras perut bila baca buku PERMATA YANG HILANG (Kini Dijumpai) karya Hamka ini. Aku cerita sikit isinya;

"Huh, Ustaz Rock, takkan kau tidak tahu cara sunnah Nabi jika tercekik tulang? Jangan pandai cakap sahaja," kata abangku.

Aku berkata, "Senang saja. Emak angkat kedua-dua tangan ke atas."

Emak aku pun buat. Tetapi masih tidak jadi. Aku kata lagi, "Lurus... tangan emak kedua-duanya kena lurus!"

(Bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi. Manakala di lengan dan tengkuk dipenuhi dengan rantai emas).

Aku kata, "Sekarang sebut, Superman Returns!"

Semua orang ketawa. Nasi berhamburan di sana sini. Emak aku juga ketawa, sehingga tulang terkeluar Semuanya daripada Allah!


Kalau korang tak gelak, aku nasihatkan korang pergi check urat ketawa korang sekarang. Confirm ada yang tak kena. Huhu~


Buku ni aku order online di blog driver kereta mayat. Aku ada buat sikit remark dan tak sangka, HAMKA sudi meninggalkan pesanan hikmahnya berserta autograf seperti di bawah;


"Sekiranya beginilah caranya Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkah ringannya penderitaan ini."
"Noted : Reen, kerisauan bukan untuk dunia... tapi untuk akhirat... Special Request - rujuk ms 163". :)

Demi Allah, baca saja pesanan yang dikarang Hamka untuk aku, mata terus berpasir. Tersedar aku akan khilaf diri, terlalu banyak bimbangkan urusan dunia sampai hilang fokus dan tak tenang melalui hari-hari, walhal urusan Akhirat pun aku tak terlalu berat nak khuatirkan seolah-olah dah tentu 'di sana' aku boleh lepas. =(



Notahati : Aku tau HAMKA x baca blog ni, tapi tetap, aku berterima kasih yg tak terperi.

Notahati 2 : Woha! tu trademark HAMKA yg aku curi-curi pinjam utk certain situasi penceritaan dalam blog ni.

Notahati 3 : Buku Permata Yang Hilang Kini Dijumpai by HAMKA ni tak sama macam buku Permata Yang Hilang Ibnu Yusuf tu, tapi kalau la boleh aku kata, buku Hamka ni seolah-olah macam prekuel buku tu pulak, sebab menceritakan babak-babak sebelum kawin, kenapa perlu kawin, semasa kawin dan selepas kawin. Bab batin dan nafsu ni memang ada saja, tapi in a very humorous way.. Hahaha~