Dijerit-pekik takde yang dengar... Lalu kupetik huruf, kususun-susun jadi bahasa hati. Ini hati aku, ini jari aku... This is My Moonlight Sonata~

Monday, January 30, 2012

Blind Date ke.. Aku yang Buta??

Aku tak tau temujanji tu ke yang buta.
Aku yang buta ke,
orang yang buat blind date dengan aku tu yang buta.

Blind date tu buta sbb baru kenal berapa minit dah boleh decide nak berjumpa.
Aku buta sebab tak serik-serik walaupun dah beberapa kali terkena.
'Date' aku tu pulak buta perut.. berjanji reti tapi tak tepati. Patut ke tak patut?

Topik hari ini anak-anak - "Blind date"!


Zaman-zaman siber ni, faham-faham sudah. Orang lagi banyak berinteraksi melalui laman sosial.
Aku pun sama. Tapi aku bukan sebab ikut trend. Dari azali dulu memang aku tak reti bercampur sangat dengan dunia luar. Kalau ada majalah, kat ruang Kembang Setaman tu lah aku cari kawan.
Surat nah! Paling panjang aku karang capai 12 halaman depan belakang kertas kajang, punya hebat tak hebat. Tapi sakit hati pulak lepas tu.. dapat balasan balik 1 helai je. Alaaaahai!

Pendek kata, aku hebat bermadah pujangga dalam penulisan je. Kalau berdepan dengan orang aku terkaku kayu.. Soalnya, aku ini manusia tiada indah. 'Inferiority complex' yang tinggi menyebabkan aku tak mampu nak bersua-muka dengan orang yang tidak atau baru aku kenali. Masalahnya, dari mana datangnya 'inferiority complex' tu dan apa mende alah yang aku sebut ni?

Kompleks Inferioriti - Rasa kerdil keterlaluan yang timbul dalam diri seseorang. Konflik diri ini memberi kesan negatif pada pembawaan diri. Hal ini berpunca daripada rasa kurang diri terhadap nilai-nilai positif yang dipunyai, mengakibatkan seseorang yang menderita inferioriti tidak mampu bergerak ke hadapan dan kelihatan lemah. (Sumber : School Of Life).

Kalau ikut kamus aku : orang yang rasa diri dia kecik walaupun dia besaq!

Kata Pak Wiki pulak, punca inferiority complex ni adalah kerana that particular person mengalami peristiwa berulang yang membuatkan individu itu berasa kekurangan berbanding orang lain.

Macam apa yang aku nak cerita ni. Korang pernah ada pengalaman blind date? Aku ada, banyak.. Macam-macam pesen dah aku jumpa. Tapi yang paling akal aku tak boleh digest, jenis manusia yang spt di bawah ni;

Kes 1 : Beberapa bulan lepas, aku berkenalan dengan sorang mamat ni di salah sebuah social network yang tak berapa terkemuka. He seems funny, kitorang bertukar cerita ada la dekat sebulan kot. Kebetulan, mamat Yontaro bukan nama sebenar ni memang selalu ke tempat aku. Nampak ada chemistry, dan everything went smoothly sampai la tiba hari kami berjanji untuk berjumpa. Ala, macam tak biasa pulak korang. Bila blind date, mesti korang tanya - pakai baju colour ape? tunggu kat mana? kan? Kitorang pun gunakan SOP blind date yang sama. 

Aku tunggu depan pagar dan dia kata dia akan tiba lagi seminit. Tapi seminit beranjak ke 15 minit. Aku sms, dia tak balas. Aku ingat ada masalah di jalan - jammed, accident, etc.. jadi aku tunggu lagi. Dah setengah jam, aku mula tak sedap hati. Call. Tak berangkat. Aku tunggu lagi. Masuk minit ke 45;

Just reply this msg, awak nak jumpa saya ke taknak? Kalau taknak, boleh saya naik bilik, tak la mcm pelacur tunggu pelanggan dah kat tepi jalan ni. - aku

Seminit, dua, lima, 10, 15.. sunyi. Dan korang nak tau macam mana rupa Yontaro yang dumped aku tu? Agak-agak ada iras orang kat bawah ni la. Iras la, dekat-dekat sama dah muka. Kalau kata kembar pun aku percaya. -Tangan di dada, mata ke atas-



Ya, Yontaro ini gemuk orangnya. Macam aku juga.. =)

Kes 2 : Alkisah ini berlaku 2 hari lepas. Maka tersebutlah kisah seorang gadis yang buruk rupa ini;
Sedang dia melayari bahtera internet, maka bertemulah dia secara maya dengan seorang jejaka, Mie diberi nama (bukan nama sebenar kot). Dipendekkan cerita, Mie mengajak si gadis menemaninya bersantap kerana bosan katanya untuk menyantap seorang diri. Setelah jenuh menolak pelawaan, akhirnya si gadis bersetuju bertemu jika si jejaka ini tidak kisah akan rupanya yang hodoh segala. Berlagak gentleman, si jejaka bersetuju dan berkata bahawa dia tidak kisah apa adanya rupa. Maka si gadis pun bersiap-sedialah berwangi-wangian, ber'make-up make-up'an seadanya. 

Tiba waktu dijanjikan, si gadis ni menunggulah di tempat yang diarahkan. Ya, seperti kes pertama tadi juga, endingnya tetap sama. Sms dibiar sepi. Panggilan sengaja tak berjawab. Dan pada jam 10.30 malam itu, setelah hampir sejam berdiri seperti pak pacak di tepi jalan, si gadis berjalan perlahan-lahan masuk semula ke tempat penginapan. Nak tengok rupa Mie ni macam mana? Lebih-kurang nak samalah macam wajah lelaki di bawah ni. Tak la tepat sangat, cuma sejibik la jugak. Heh~



Korang mesti tertanya-tanya, apa tujuan aku letak foto-foto 'indah' di atas ni. Selain daripada nak memudahkan korang membayangkan macam mana berkerut dan jijiknya padangan dorang bila tengok aku yang gemuk-hodoh ni dari jauh, tujuan aku adalah untuk korang buat renungan.

Macam jantan pertama di atas, dia GEMUK! Muka boleh tahan laa, tapi dia GEMUK! Walaupun aku pun gemuk, tapi aku pun ada selera aku pada lelaki. Dan taste aku bukan lelaki GEMUK! Kalau ikut taste aku, macam ini tahu??? *melting*



lokasi foto ust don diculik

Kiranya, kalau ikut selera, aku tak hadap lelaki GEMUK! Dia GEMUK!! TAPI.. ya, ada tapinya.. Selain daripada kena belajar untuk sedar diri, aku yang tak sempurna ni kena belajar untuk terima kekurangan orang lain. Just imagine, dia yang menunggu di depan pagar hari tu dan aku yang akan jemput dia. Tengok dari jauh, gemuk, dan bukan taste aku untuk dijadikan teman istimewa. Tapi apa hak aku untuk aniaya dia dengan membiarkan dia menunggu aku di tepi jalan, dalam keadaan sedang berpuasa di tengah-tengah rembang maghrib itu? Dan siapa pulak yang kata pertemuan tu merupakan satu petanda bahawa antara kau dan aku ada hubungan istimewa? 

Dan Mie, jantan pengecut kes 2 tu.. Yap, dia tinggi, gelap, kurus.. Macam menepatilah ciri-ciri lelaki idaman aku. Tapi aku tak suka lelaki bibir tebal hitam tanda kuat merokok macam tu. Tak minat jugak lelaki yang pakai spek. Tak macho beb. Above all, perkenalan kita berlangsung kurang sejam sebelum kita decide nak berjumpa. Perjumpaan tu obviously perkenalan singkat antara 2 chatters. Jadi apa masalahnya kalau berjumpa cara beradab, bertegur-sapa, kemudian taknak berkawan pun itu hak masing-masing. Haihhh..

Ini bukan hal baru bagi aku.
Ini juga bukan kali pertama aku diperlakukan begitu.
Bukan juga kali kedua dan ketiga.. tapi dah berkali-kali. Dah banyak kali...  =)
Mula-mula dulu sakit la. Rasa terhina sangat. Rasa diperbodohkan. Sekarang pun masih ada rasa itu, cuma aku dah sedikit bijak untuk tak menangisi manusia-manusia bodoh ini. *peace*

Sekarang baru aku faham kenapa ramai wanita Melayu sanggup ikut lelaki Lombok walaupun tahu kehidupan di sana sangat susah dan miskin!



Sekarang aku sedar kenapa wanita Melayu lebih senang persembahkan cinta mereka untuk Awang-Awang Hitam yang hodoh rupa tapi kaya juga budi bahasa!


Sekarang aku mengerti kenapa wanita Melayu sangat alergik dengan lelaki Melayu.. Now only I know.. 


2 comments:

ururu said...

interesting

Gen2Merah said...

menarik penerangan ini.. jangan mudah terpedaya hanya dengan kata2... berhati2 selalu (",)